Pilu rasanya hati ini mengingatkan pemergian seseorang yang amat aku sayang. Seperti dihiris sembilu tajam rasanya. Apatah lagi apabila aku pulang, aku hanya dapat melihat sekujur tubuh yang terdiam kaku tanpa sebarang suara yang kedengaran dari mulutnya. Kesedihan yang amat sangat aku rasakan. Namun, aku cekalkan hati dan tabah dalam menghadapi dugaan tersebut. memang setiap orang akan merasai mati, cuma kita yang tidak mengetahui bila malaikat akan menjemput kita. Itu dinamakan takdir. Hari Jumaat, 6/1/2012 detik 8.30 malam merupakan suatu tarikh yang tidak akan pernah aku lupakan.
Dua hari sebelum pemergiannya, aku tiba-tiba bermimpikan abahku.Aku sebenarnya jarang-jarang sekali bermimpikan abahku. Aku merasa pelik. Tapi, itu mungkin mainan tidur. Kata hatiku. Dalam mimpiku, aku melihat abah tersenyum padaku. Aku tidak mengetahui apa makna disebalik senyuman abahku itu.
Itulah kali terakhir aku melihat abah tersenyum... Moga arwah abah ditempatkan di antara orang-orang yang beriman...amin..
Atikah
BalasPadamsalam takziah yang dalam dari saya. semoga almarhum ayahanda kembali kepada-Nya dalam perjalanan pulang yang paling aman. al fatehah.