Selasa, 29 November 2011

Di Hari Perkahwinan Kakakku

Hari sabtu 26/11/2011 merupakan satu tarikh yang amat bermakna untuk kakakku dan keluarga. Dan aku sebagai adik, turut  gembira melihat kakakku di hari bahagianya. Kepada kakakku, semoga berbahagia di samping suami tercinta.:-)
Sedapnya makanan kat depan tu..hehe..
Bergambar bersama pengantin. Aku dapat rasai, bukan mudah sebenarnya untuk melaksanakan sesuatu majlis yang besar yang dihadiri orang-orang terhormat, sanak saudara dan jiran tetangga. Hal ini kerana setiap orang akan menilai apa yang dilihatnya. Alhamdulillah majlis tersebut berjalan lancar. Tapi, bila dah kakak yang kahwin, nenek dan saudara mara yang lain pulak yang sibuk bertanya, bila agak-agaknya majlis adik dia yang ni plak nak buat. em.. bagi aku, bila dah dapat belajar ni, kena balajar dulu. peluang untuk belajar bukan selalu dapat.

Isnin, 28 November 2011

~Di Hari Jadi Kawan Karibku, Nik~


17-November-2011
Selamat Hari Jadi Nik Azimah.. semoga sentiasa mendapat rahmat dan lindungan dari-Nya. Walaupun diraikan secara kecil-kecilan, namun itu memberi kenangan indah kepada sahabat-sahabat kita. Kek coklat yang lazat disajikan bersama nasi ayam di Pusanika UKM memberi seribu satu makna pada tarikh 17 November 2011. Semoga persahabatan ini sentiasa berkekalan hingga akhirnya.

Ahad, 27 November 2011

~Sambal Belacan~

Sambal belacan yang sememangnya sedap apabila dimakan bersama nasi. Mungkin bagi orang Kelantan yang lain, pilihan antara sambal belacan dan budu, mereka akan lebih memilih budu yang sememangnya terkenal di Kelantan. Tapi. ini berbeza dengan saya dan keluarga. Walaupun kami merupakan anak jati Kelantan, saya dan keluarga saya tidak menggemari budu. Keadaan ini seringkali dikatakan pelik oleh saudara mara dan rakan-rakan saya yang lain. Tapi, itulah keluarga saya. Mungkin terdapat pandangan negatif orang lain mengenai keluarga saya, tapi, saya terima dengan baik kerana jarang orang Kelantan sendiri yang bersikap seperti ini. Walaubagaimana sekalipun, pilihan saya di sini ialah sambal belacan. kerinduan terhadap sambal belacan seringkali mengingatkan saya dengan kampung halaman.
Sambal belacan seringkali dikaitkan dengan cinta. Bak kata orang, cinta seperti sambal belacan. walau pedas hingga menangis sekalipun, masih mahu dimakan juga.