Ahad, 27 November 2011

~Sambal Belacan~

Sambal belacan yang sememangnya sedap apabila dimakan bersama nasi. Mungkin bagi orang Kelantan yang lain, pilihan antara sambal belacan dan budu, mereka akan lebih memilih budu yang sememangnya terkenal di Kelantan. Tapi. ini berbeza dengan saya dan keluarga. Walaupun kami merupakan anak jati Kelantan, saya dan keluarga saya tidak menggemari budu. Keadaan ini seringkali dikatakan pelik oleh saudara mara dan rakan-rakan saya yang lain. Tapi, itulah keluarga saya. Mungkin terdapat pandangan negatif orang lain mengenai keluarga saya, tapi, saya terima dengan baik kerana jarang orang Kelantan sendiri yang bersikap seperti ini. Walaubagaimana sekalipun, pilihan saya di sini ialah sambal belacan. kerinduan terhadap sambal belacan seringkali mengingatkan saya dengan kampung halaman.
Sambal belacan seringkali dikaitkan dengan cinta. Bak kata orang, cinta seperti sambal belacan. walau pedas hingga menangis sekalipun, masih mahu dimakan juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan