Rabu, 18 April 2012

~Disebalik Jarak Kau dan Aku~

♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥"

(gambar hiasan)

Khamis, 12 April 2012

"teguran pemilik bumi"

“Dan terkadang Allah menggetarkan bumi dengan guncangan yang dahsyat, menimbulkan rasa takut, khusyuk, rasa ingin kembali dan tunduk kepada Allah, serta meninggalkan kemaksiatan dan penyesalan atas kekeliruan manusia. Di kalangan Salaf, jika terjadi gempa bumi mereka berkata, ‘Sesungguhnya Tuhan sedang menegur kalian’.”
-Imam Ibnu Qoyyim-



Khamis, 15 Mac 2012

Mimpi Lagi!!

Apakah benar mimpiku ini? semalam, aku mimpikan arwah abah lagi. Arwah abahku berbaju jubah putih mengajak aku dan adik beradikku solat bersama-sama.  Aku melihat wajah abahku begitu tenang sekali. Aku tidak pernah melihat  keadaan abahku sebegitu sebelum ini. Apabila tersedar dari mimpi itu, aku menangis kerana rindukan arwah abah. Selepas solat subuh, aku sedekahkah yasin kepada arwah abahku. Arwah abahku memang seorang abah yang penyayang dan amat menjaga anaknya dari segi berpakaian serta kami adik-beradik dalam menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi dan banyak lagi.. walaupun dia bersikap tegas dalam mendidik kami adik-beradik, aku bersyukur kerana mempunyai abah sepertinya. Aku akan sentiasa doakan supaya arwah abah ditempatkan di antara orang-orang yang beriman dan bahagia di sana.. aku berjanji dengan diriku bahawa aku akan sentiasa mengingatinya dalam setiap doaku. Aku amat menyayangi abahku. Sangat menyayanginya.

Selasa, 17 Januari 2012

Kesedihan Tidak Dapat Dibendung Lagi

Pilu rasanya hati ini mengingatkan pemergian seseorang yang amat aku sayang. Seperti dihiris sembilu tajam rasanya. Apatah lagi apabila aku pulang, aku hanya dapat melihat sekujur tubuh yang terdiam kaku tanpa sebarang suara yang kedengaran dari mulutnya. Kesedihan yang amat sangat aku rasakan. Namun, aku cekalkan hati dan tabah dalam menghadapi dugaan tersebut. memang setiap orang akan merasai mati, cuma kita yang tidak mengetahui bila malaikat akan menjemput kita. Itu dinamakan takdir. Hari Jumaat, 6/1/2012 detik 8.30 malam merupakan suatu tarikh yang tidak akan pernah aku lupakan.
Dua hari sebelum pemergiannya, aku tiba-tiba bermimpikan abahku.Aku sebenarnya jarang-jarang sekali bermimpikan abahku. Aku merasa pelik. Tapi, itu mungkin mainan tidur. Kata hatiku. Dalam mimpiku, aku melihat abah tersenyum padaku. Aku tidak mengetahui apa makna disebalik senyuman abahku itu.
Itulah kali terakhir aku melihat abah tersenyum... Moga arwah abah ditempatkan di antara orang-orang yang beriman...amin..