Kadang-kadang, kita tidak sedar, di dalam kebahagian kita hari ini, ada bayangan masa akan datang yang kita tidak tahu baik buruknya. Sememangnya sesiapapun, mahu keluarga dan orang yang disayanginya merasa bahagia, tetapi, tanpa kita sedar, kebahagian kita ditarik kerana Allah mahu menguji tahap kesabaran kita. Tapi, bagaimana pula dengan kita apabila menghadapi perkara seperti itu? Moga kita semua tabah dan sabar menghadapi ujian-Nya.
Oleh itu, kita perlu sentiasa bersyukur dengan segala yang kita ada dan meredhai setiap perkara yang berlaku. Banyakkan bersabar..(^_^)
Sememangnya setiap sesuatu itu dijadikan mempunyai maksud yang tersendiri dan di luar kotak pemikiran manusia. Oleh itu, manusia sebagai khalifah di muka bumi ini perlu menyedari bahawa kita dicipta untuk memakmurkan bumi ciptaan-Nya.
Ahad, 18 Disember 2011
Ahad, 11 Disember 2011
Begedil Daging Istimewa
Mungkin keistimewaan begedil terletak pada cara pembuatan dan rasa yang enak mampu memberi nikmat kepada orang yang merasainya. Jika dilihat daripada rupa begedil, kekadang ada yang tidak menari, tetapi, apabila merasainya, suatu kesedapan akan dinikmati kerana mengandungi bahan yang pelbagai. Oleh itu, jom sama-sama pelajari cara membuat begedil daging..:-)
Bahan-bahan ( 30 biji )
- 1 kilo kentang, dikupas kulitnya dan dipotong bulat
- 300 gram daging cincang
- 2 biji telur, asingkan kuning dan putih
- 3/4 cawan bawang goreng
- secekak daun sup, dicincang
- 2 ulas bawang putih
- 2 sudu teh serbuk lada putih
- garam secukup rasa
Cara-cara
- Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat.
- Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
- Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
- Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun lawa.
Ayam Masak Merah Kegemaranku...
Tiap kali aku ke cafe kolej, pasti aku akan mencari masakan ini dahulu sebelum memilih masakan lain. Masakan ini cukup aku gemari. Makan hingga menjilat jari. Tetapi bergantung kepada apa yang dilihat secara luaran. Kerana pandangan pertama mampu mengubah pandangan seterusnya.
Bahan-bahan (4-5 orang)
1/2 ekor ayam atau 5 ketul peha ayam (terpulang)
Garam dan kunyit
1/2 ulas bawang besar (dihiris bulat)
10 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
2 batang serai (diketuk)
2 sudu besar cili kisar
1 biji tomato (dihiris)
1/2 cawan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Garam dan kunyit
1/2 ulas bawang besar (dihiris bulat)
10 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
2 batang serai (diketuk)
2 sudu besar cili kisar
1 biji tomato (dihiris)
1/2 cawan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Cara-cara
- Gaul garam dan kunyit pada ayam. Kemudian goreng sehingga hampir masak.
- Tumis bahan-bahan kisar dan serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar, tomato dan sos tomato. Tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sekata.
- Masukkan bawang besar yang telah dihiris. Biar 2-3 minit.
- Siap untuk dihidangkan.
Kalau tak nak pedas, kurangkan sikit cili kering. Boleh tambah 2-3 helai daun limau purut untuk aroma yang menyelerakan.
Selasa, 29 November 2011
Di Hari Perkahwinan Kakakku
Hari sabtu 26/11/2011 merupakan satu tarikh yang amat bermakna untuk kakakku dan keluarga. Dan aku sebagai adik, turut gembira melihat kakakku di hari bahagianya. Kepada kakakku, semoga berbahagia di samping suami tercinta.:-)
Sedapnya makanan kat depan tu..hehe..
Bergambar bersama pengantin. Aku dapat rasai, bukan mudah sebenarnya untuk melaksanakan sesuatu majlis yang besar yang dihadiri orang-orang terhormat, sanak saudara dan jiran tetangga. Hal ini kerana setiap orang akan menilai apa yang dilihatnya. Alhamdulillah majlis tersebut berjalan lancar. Tapi, bila dah kakak yang kahwin, nenek dan saudara mara yang lain pulak yang sibuk bertanya, bila agak-agaknya majlis adik dia yang ni plak nak buat. em.. bagi aku, bila dah dapat belajar ni, kena balajar dulu. peluang untuk belajar bukan selalu dapat.
Sedapnya makanan kat depan tu..hehe..
Bergambar bersama pengantin. Aku dapat rasai, bukan mudah sebenarnya untuk melaksanakan sesuatu majlis yang besar yang dihadiri orang-orang terhormat, sanak saudara dan jiran tetangga. Hal ini kerana setiap orang akan menilai apa yang dilihatnya. Alhamdulillah majlis tersebut berjalan lancar. Tapi, bila dah kakak yang kahwin, nenek dan saudara mara yang lain pulak yang sibuk bertanya, bila agak-agaknya majlis adik dia yang ni plak nak buat. em.. bagi aku, bila dah dapat belajar ni, kena balajar dulu. peluang untuk belajar bukan selalu dapat.
Isnin, 28 November 2011
~Di Hari Jadi Kawan Karibku, Nik~
17-November-2011
Selamat Hari Jadi Nik Azimah.. semoga sentiasa mendapat rahmat dan lindungan dari-Nya. Walaupun diraikan secara kecil-kecilan, namun itu memberi kenangan indah kepada sahabat-sahabat kita. Kek coklat yang lazat disajikan bersama nasi ayam di Pusanika UKM memberi seribu satu makna pada tarikh 17 November 2011. Semoga persahabatan ini sentiasa berkekalan hingga akhirnya.
Ahad, 27 November 2011
~Sambal Belacan~
Sambal belacan yang sememangnya sedap apabila dimakan bersama nasi. Mungkin bagi orang Kelantan yang lain, pilihan antara sambal belacan dan budu, mereka akan lebih memilih budu yang sememangnya terkenal di Kelantan. Tapi. ini berbeza dengan saya dan keluarga. Walaupun kami merupakan anak jati Kelantan, saya dan keluarga saya tidak menggemari budu. Keadaan ini seringkali dikatakan pelik oleh saudara mara dan rakan-rakan saya yang lain. Tapi, itulah keluarga saya. Mungkin terdapat pandangan negatif orang lain mengenai keluarga saya, tapi, saya terima dengan baik kerana jarang orang Kelantan sendiri yang bersikap seperti ini. Walaubagaimana sekalipun, pilihan saya di sini ialah sambal belacan. kerinduan terhadap sambal belacan seringkali mengingatkan saya dengan kampung halaman.
Sambal belacan seringkali dikaitkan dengan cinta. Bak kata orang, cinta seperti sambal belacan. walau pedas hingga menangis sekalipun, masih mahu dimakan juga.
Sambal belacan seringkali dikaitkan dengan cinta. Bak kata orang, cinta seperti sambal belacan. walau pedas hingga menangis sekalipun, masih mahu dimakan juga.
Selasa, 11 Oktober 2011
Sedapnya kek ni..
Dah lama tak makan kek keladi ni. siapalah yang baik hati nak bagi kek ni, dah lama aku mencarinya..
Tapi, kalau betul-betul menginginkannya, jom belajar membuatnya supaya dapat mengubat kerinduan terhadap kek ini.
Tapi, kalau betul-betul menginginkannya, jom belajar membuatnya supaya dapat mengubat kerinduan terhadap kek ini.
Bahan-bahan membuat kek keladi( Saiz Loyang: 22cm )
- KEK:
- 250 gram sponge cake mix
- 5 biji telur (A)
- 1/2 sudu besar ovellatte
- 40 ml air
- TOPPING KELADI:
- 1 kg keladi
- 1/2 cawan gula
- 3 biji telur (A)
- 120 gram santan pekat
- 300 ml air
- 1/4 cawan tepung gandum
- 20 gram tepung jagung
- 25 gram gelatin
- Beberapa titik pewarna ungu
- 1/2 sudu teh garam
- Kelapa kering sebagai hiasan
Cara-cara
- KEK :
- Panaskan oven.Campurkan semua bahan-bahan kek. Pukul dengan mixer hingga kembang. bakar pada suhu 170 darjah.
- Potong kek tadi kepada tiga bahagian menggunakan cake leveler atau pisau yang panjang. Kemaskan bahagian tepinya dengan memotong bahagian yang berwarna coklat.
- KELADI:
- Kupas keladi dan potong-potongkan. Rebus hingga empuk.
- Blend keladi dengan air dan telur. Masukkan kedalam periuk.Campurkan bahan-bahan lain hingga sebati- santan,gula,tepung gandum,tepung jagung,gelatin, pewarna ungu dan garam. Kacau hingga mendidih dan masak.
- Ambil satu lapis kek. Kemudian sapukan krim keladi keatasnya.
- Letakkan satu lagi lapisan kek dan sapukan krim keladi ke atasnya.Ulang untuk lapisan yang ketiga.Ratakan semua bahagian kek dengan menggunakan scrapper.
- Kek keladi yang telah siap diratakan. Taburkan kelapa kering keseluruh bahagian kek.
- Masukkan ke dalam peti ais. Seelok-eloknya biarkan beberapa jam sebelum dipotong supaya kek kemas dan padat. Kek ini mengandungi santan , jadi mudah basi. Jika tidak mahu makan simpan dalam peti ais.
Selasa, 4 Oktober 2011
Teringin Merasainya Lagi..
Ini adalah kuih akok yang sememangnya terkenal di Kelantan. Tidak sabar rasanya ingin pulang ke Kelantan kerana salah satu faktor penariknya adalah merasai makanan tradisional Kelantan. Mungkin di kebanyakan tempat dan negeri lain juga terdapat kuih ini, tetapi, bagi saya kuih buatan orang Kelantan lebih sedap dan sangat berbeza dengan kuih akok buatan negeri lain. Ada segelintir masyarakat luar yang belum mengetahui mengenai kuih ini akan memberi tanggapan bahawa kuih ini tidak cantik dari segi rupa bentuknya dan juga rasanya tidak sedap.
Tapi, kalau tak kenal, maka tak cinta. Apabila merasai kuih tersebut, ramai pula yang memuji kelazatannya. Oleh itu, jangan hanya memandang sesuatu itu dari sudut luarannya sahaja.
Ini adalah resipi untuk pembuatan kuih akok
Bahan-bahan ( 36 biji )
- 5 biji telur
- 200 ml pati santan
- 100 ml air
- 150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera
- 30 gram tepung gandum
- 3 helai daun pandan- disiat-siat
- 2 cubit garam halus
Cara-cara
- Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
- Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
- Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
- Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.
Rabu, 28 September 2011
KELANTAN SYURGA MAKANAN 'EKSOTIK'
KOTA BAHARU, 7 April (Bernama) -- Jika tiba-tiba teringin hendak menikmati makanan yang unik dan berbeza rasanya, negeri Kelantan merupakan destinasi yang harus dikunjungi. |
Jangan pula hairan, kerana keunikan itu juga menyebabkan ada mereka yang sanggup memandu berjam-jam lamanya hanya semata-mata untuk menikmati juadah di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Negeri di Pantai Timur ini mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina, India dan masyarakat Thailand berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada 'hidangan Malaysia' sekaligus menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar.
Anda mungkin tertawa tatkala mendengar nama kuih seperti Tahi Itik, Kuih Kartun, Badak Berendam, Abang Balik Gelisah, Che Abang Guling, Lompat Tikam, Lidah Buaya dan macam-macam lagi nama yang diberi. Namun, di sebalik nama yang pelik itu, rasanya amatlah lemak dan manis sekali.
Begitu juga dengan hidangan Nasi Kerabu, Nasi Berlauk, Nasi Tumpang, Laksam atau Solok Lada yang sinonim dengan Kelantan sehingga membuat anda terkenang-kenang keenakan makanan itu.
Memang benar bak nyanyian pelakon dan pelawak Jalil Hamid: "makanan pelik-pelik, tahi minyak tahi itik," yang pelik dan unik itulah bagaikan magnet yang menarik orang ramai ke negeri ini.
Kaya Dengan Juadah Tradisi
Menurut Pengarah Pelancongan Negeri Kelantan Muhammad Zaki Talib, Kelantan sememangnya kaya dengan pelbagai jenis makanan yang 'eksotik' namanya namun itulah hakikat betapa hebatnya aneka makanan tradisi negeri ini yang tidak akan kita jumpa di tempat lain.
Kuih-muih dan makanan tradisional Kelantan sebenarnya juga merupakan produk yang boleh dijual atas nama pelancongan sebagai daya tarikan melawat negeri ini.
Dengan kekuatan tarikan makanan dan kebudayaan ditambah dengan sikap ramah dan mudah mesra masyarakat Kelantan, negeri ini sentiasa bersedia untuk menerima kunjungan pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara, katanya.
Sebagai contoh, Pesta Makanan Kelantan 2009 yang diadakan selama empat hari bermula 12 Mac lepas adalah bukti betapa kayanya masyarakat di negeri ini dengan pelbagai jenis makanan. Pendek kata, Kelantan sememangnya tersohor sebagai negeri yang mempunyai keunikan dan kepelbagaian makanan tersendiri.
Acara anjuran Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan yang diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammed IV itu menyaksikan penyertaan daripada 24 agensi dan pengusaha makanan dari Kelantan, Terengganu, Perak, Sabah, Sarawak dan Thailand.
Rambang Mata Dengan Makanan Kelantan
Festival makanan itu yang merupakan wadah penting untuk mempamer keunikan makanan turut menyaksikan lebih 200 jenis makanan dijual. Antaranya kuih tradisi Kelantan, kek lapis Sarawak, rendang tok, lemang periuk kera, ayam percik, lauk-pauk dan pelbagai jenis nasi dan pengat.
Turut menjadi hidangan istimewa di pesta itu ialah nasi uduk ayam solor dari Kelantan yang dipanggang dengan batang tebu sehingga menghasilkan rasa manis pada isi ayam itu. Pada asalnya ia selalu dihasilkan menggunakan daging itik, tetapi diubah kepada ayam kerana lebih digemari ramai.
Pelbagai makanan tradisi bermacam rasa dan bentuk seperti cek mek molek, jala mas, akok, puteri mandi, pulut bakar, buah tanjung dan ketupat sotong juga merupakan antara yang mewarnai kemeriahan pesta makanan kali ini.
Pengunjung pesta makanan ini pasti rambang mata melihat keunikan pelbagai jenis makanan termasuk hidangan nasi berwarna-warni yang dihasilkan dalam aneka bentuk dan rupa serta dihias cantik hingga terkecur lidah memandangnya.
Apa yang pasti, pesta makanan ini mendapat sambutan menggalakkan terutama daripada pelancong yang teruja dan ingin melihat serta merasai sendiri keunikan dan kepelbagaian makanan tempatan.
Menikmati Enaknya Makanan Kelantan
Pihak Pelancongan Kelantan juga mengambil kesempatan mempromosi pesta itu dengan menjemput wartawan media cetak dan elektronik membuat liputan kepelbagaian dan kemewahan makanan mereka baru-baru ini.
Pada lawatan selama tiga hari di Kelantan itu, para wartawan yang kebanyakannya dari Kuala Lumpur, didedahkan dan disajikan dengan pelbagai makanan yang enak dan manis belaka seperti kerabu jantung pisang, sambal pauh, serunding, kelapa jeli malah kepada pelbagai jenis kuih-muih.
Di Kota Baharu sahaja misalnya, banyak lagi lokasi yang boleh dikunjungi untuk terus menikmati juadah istimewa seperti itu dengan harga yang cukup murah.
Pergilah ke medan selera Buluh Kubu di sini yang kaya dengan beraneka jenis juadah atau ke pasar lama Majlis Perbandaran Kota Bahru (MPKB).
Pengunjung juga boleh mencuba 'steamboat istimewa' di Food Village, yang menawarkan pengalaman berbeza apabila pengunjung bukan sahaja mencelup makanan mentah di dalam sup tetapi juga dalam masa yang sama boleh membakar daging secara terus di atasnya.
Langgan:
Catatan (Atom)









