Selasa, 11 Oktober 2011

Sedapnya kek ni..

Dah lama tak makan kek keladi ni. siapalah yang baik hati nak bagi kek ni, dah lama aku mencarinya..
Tapi, kalau betul-betul menginginkannya, jom belajar membuatnya supaya dapat mengubat kerinduan terhadap kek ini.


Bahan-bahan membuat kek keladi( Saiz Loyang: 22cm )

  • KEK:
  • 250 gram sponge cake mix
  • 5 biji telur (A)
  • 1/2 sudu besar ovellatte
  • 40 ml air
  • TOPPING KELADI:
  • 1 kg keladi
  • 1/2 cawan gula
  • 3 biji telur (A)
  • 120 gram santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 20 gram tepung jagung
  • 25 gram gelatin
  • Beberapa titik pewarna ungu
  • 1/2 sudu teh garam
  • Kelapa kering sebagai hiasan

Cara-cara

  1. KEK :
  2. Panaskan oven.Campurkan semua bahan-bahan kek. Pukul dengan mixer hingga kembang. bakar pada suhu 170 darjah.
  3.  Potong kek tadi kepada tiga bahagian menggunakan cake leveler atau pisau yang panjang. Kemaskan bahagian tepinya dengan memotong bahagian yang berwarna coklat.
  4. KELADI:
  5. Kupas keladi dan potong-potongkan. Rebus hingga empuk.
  6.  Blend keladi dengan air dan telur. Masukkan kedalam periuk.Campurkan bahan-bahan lain hingga sebati- santan,gula,tepung gandum,tepung jagung,gelatin, pewarna ungu dan garam. Kacau hingga mendidih dan masak.
  7.  Ambil satu lapis kek. Kemudian sapukan krim keladi keatasnya.
  8. Letakkan satu lagi lapisan kek dan sapukan krim keladi ke atasnya.Ulang untuk lapisan yang ketiga.Ratakan semua bahagian kek dengan menggunakan scrapper.
  9.  Kek keladi yang telah siap diratakan. Taburkan kelapa kering keseluruh bahagian kek.
  10. Masukkan ke dalam peti ais. Seelok-eloknya biarkan beberapa jam sebelum dipotong supaya kek kemas dan padat. Kek ini mengandungi santan , jadi mudah basi. Jika tidak mahu makan simpan dalam peti ais.

Selasa, 4 Oktober 2011

Teringin Merasainya Lagi..




Ini adalah kuih akok yang sememangnya terkenal di Kelantan. Tidak sabar rasanya ingin pulang ke Kelantan kerana salah satu faktor penariknya adalah merasai makanan tradisional Kelantan. Mungkin di kebanyakan tempat dan negeri lain juga terdapat kuih ini, tetapi, bagi saya kuih buatan orang Kelantan lebih sedap dan sangat berbeza dengan kuih akok buatan negeri lain. Ada segelintir masyarakat luar yang belum mengetahui mengenai kuih ini akan memberi tanggapan bahawa kuih ini tidak cantik dari segi rupa bentuknya dan juga rasanya tidak sedap.
Tapi, kalau tak kenal, maka tak cinta. Apabila merasai kuih tersebut, ramai pula yang memuji kelazatannya. Oleh itu, jangan hanya memandang sesuatu itu dari sudut luarannya sahaja.

Ini adalah resipi untuk pembuatan kuih akok

Bahan-bahan ( 36 biji )

  • 5 biji telur
  • 200 ml pati santan
  • 100 ml air
  • 150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera
  • 30 gram tepung gandum
  • 3 helai daun pandan- disiat-siat
  • 2 cubit garam halus

Cara-cara

  • Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
  • Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
  • Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
  •  Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.