Selasa, 4 Oktober 2011

Teringin Merasainya Lagi..




Ini adalah kuih akok yang sememangnya terkenal di Kelantan. Tidak sabar rasanya ingin pulang ke Kelantan kerana salah satu faktor penariknya adalah merasai makanan tradisional Kelantan. Mungkin di kebanyakan tempat dan negeri lain juga terdapat kuih ini, tetapi, bagi saya kuih buatan orang Kelantan lebih sedap dan sangat berbeza dengan kuih akok buatan negeri lain. Ada segelintir masyarakat luar yang belum mengetahui mengenai kuih ini akan memberi tanggapan bahawa kuih ini tidak cantik dari segi rupa bentuknya dan juga rasanya tidak sedap.
Tapi, kalau tak kenal, maka tak cinta. Apabila merasai kuih tersebut, ramai pula yang memuji kelazatannya. Oleh itu, jangan hanya memandang sesuatu itu dari sudut luarannya sahaja.

Ini adalah resipi untuk pembuatan kuih akok

Bahan-bahan ( 36 biji )

  • 5 biji telur
  • 200 ml pati santan
  • 100 ml air
  • 150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera
  • 30 gram tepung gandum
  • 3 helai daun pandan- disiat-siat
  • 2 cubit garam halus

Cara-cara

  • Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
  • Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
  • Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
  •  Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.

               

Tiada ulasan:

Catat Ulasan