Kadang-kadang, kita tidak sedar, di dalam kebahagian kita hari ini, ada bayangan masa akan datang yang kita tidak tahu baik buruknya. Sememangnya sesiapapun, mahu keluarga dan orang yang disayanginya merasa bahagia, tetapi, tanpa kita sedar, kebahagian kita ditarik kerana Allah mahu menguji tahap kesabaran kita. Tapi, bagaimana pula dengan kita apabila menghadapi perkara seperti itu? Moga kita semua tabah dan sabar menghadapi ujian-Nya.
Oleh itu, kita perlu sentiasa bersyukur dengan segala yang kita ada dan meredhai setiap perkara yang berlaku. Banyakkan bersabar..(^_^)
Sememangnya setiap sesuatu itu dijadikan mempunyai maksud yang tersendiri dan di luar kotak pemikiran manusia. Oleh itu, manusia sebagai khalifah di muka bumi ini perlu menyedari bahawa kita dicipta untuk memakmurkan bumi ciptaan-Nya.
Ahad, 18 Disember 2011
Ahad, 11 Disember 2011
Begedil Daging Istimewa
Mungkin keistimewaan begedil terletak pada cara pembuatan dan rasa yang enak mampu memberi nikmat kepada orang yang merasainya. Jika dilihat daripada rupa begedil, kekadang ada yang tidak menari, tetapi, apabila merasainya, suatu kesedapan akan dinikmati kerana mengandungi bahan yang pelbagai. Oleh itu, jom sama-sama pelajari cara membuat begedil daging..:-)
Bahan-bahan ( 30 biji )
- 1 kilo kentang, dikupas kulitnya dan dipotong bulat
- 300 gram daging cincang
- 2 biji telur, asingkan kuning dan putih
- 3/4 cawan bawang goreng
- secekak daun sup, dicincang
- 2 ulas bawang putih
- 2 sudu teh serbuk lada putih
- garam secukup rasa
Cara-cara
- Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat.
- Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
- Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
- Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun lawa.
Ayam Masak Merah Kegemaranku...
Tiap kali aku ke cafe kolej, pasti aku akan mencari masakan ini dahulu sebelum memilih masakan lain. Masakan ini cukup aku gemari. Makan hingga menjilat jari. Tetapi bergantung kepada apa yang dilihat secara luaran. Kerana pandangan pertama mampu mengubah pandangan seterusnya.
Bahan-bahan (4-5 orang)
1/2 ekor ayam atau 5 ketul peha ayam (terpulang)
Garam dan kunyit
1/2 ulas bawang besar (dihiris bulat)
10 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
2 batang serai (diketuk)
2 sudu besar cili kisar
1 biji tomato (dihiris)
1/2 cawan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Garam dan kunyit
1/2 ulas bawang besar (dihiris bulat)
10 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
2 batang serai (diketuk)
2 sudu besar cili kisar
1 biji tomato (dihiris)
1/2 cawan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Cara-cara
- Gaul garam dan kunyit pada ayam. Kemudian goreng sehingga hampir masak.
- Tumis bahan-bahan kisar dan serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar, tomato dan sos tomato. Tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sekata.
- Masukkan bawang besar yang telah dihiris. Biar 2-3 minit.
- Siap untuk dihidangkan.
Kalau tak nak pedas, kurangkan sikit cili kering. Boleh tambah 2-3 helai daun limau purut untuk aroma yang menyelerakan.
Langgan:
Catatan (Atom)

