Sememangnya setiap sesuatu itu dijadikan mempunyai maksud yang tersendiri dan di luar kotak pemikiran manusia. Oleh itu, manusia sebagai khalifah di muka bumi ini perlu menyedari bahawa kita dicipta untuk memakmurkan bumi ciptaan-Nya.
Khamis, 15 Mac 2012
Mimpi Lagi!!
Apakah benar mimpiku ini? semalam, aku mimpikan arwah abah lagi. Arwah abahku berbaju jubah putih mengajak aku dan adik beradikku solat bersama-sama. Aku melihat wajah abahku begitu tenang sekali. Aku tidak pernah melihat keadaan abahku sebegitu sebelum ini. Apabila tersedar dari mimpi itu, aku menangis kerana rindukan arwah abah. Selepas solat subuh, aku sedekahkah yasin kepada arwah abahku. Arwah abahku memang seorang abah yang penyayang dan amat menjaga anaknya dari segi berpakaian serta kami adik-beradik dalam menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi dan banyak lagi.. walaupun dia bersikap tegas dalam mendidik kami adik-beradik, aku bersyukur kerana mempunyai abah sepertinya. Aku akan sentiasa doakan supaya arwah abah ditempatkan di antara orang-orang yang beriman dan bahagia di sana.. aku berjanji dengan diriku bahawa aku akan sentiasa mengingatinya dalam setiap doaku. Aku amat menyayangi abahku. Sangat menyayanginya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan